"Ude Milik Izreen Sepenuhnya," Ikatan Perkahwinan Antara Ude Dan Intan Berakhir
Ikatan perkahwinan selama 5 tahun itu terlerai selepas Ude membuat lafaz cerai di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin dan mahkamah yang menyabitkan lafaz cerai itu sebagai sah memerintahkan Intan untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.
Suasana di galeri Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sebelum itu pilu apabila Shaiful memerintahkan pasangan itu bermaaf-maafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri sebelum lafaz dibuat Ude.
Intan jelas tidak dapat menahan sebak di dada apabila dia menitiskan air mata ketika bersalaman dengan Ude dan selepas lafaz cerai dibuat oleh bekas suaminya itu.
Pada 30 November tahun lalu, Ude selaku plaintif kes berkenaan memfailkan permohohan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 terhadap Intan.
Dalam pada itu, ketika ditanya oleh Shaiful alasan Ude memohon bercerai, lelaki itu memberitahu mahkamah keputusan tersebut atas alasan tiada lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan